Padah Berkahwin Dengan Lelaki Bangla, Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Melayu Ini Amat Memalukan | Perkahwinan merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam untuk memperoleh anak atau keturunan serta menjaga diri daripada melakukan perkara haram seperti berzina dan sebagainya.
Perkahwinan campur melibatkan penyatuan dua insan daripada golongan berbeza samada berlainan agama atau kaum, malah kewarganegaraan.
Perkahwinan campur bukan lagi perkara asing di Malaysia. Perkahwinan antara Melayu dan Cina telah berlaku sejak zaman Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li Po lagi.
Hang Li Po datang ke Tanah Melayu bersama Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam juga berserta 500 pengiring perempuan. Pengiring-pengiring puteri Hang Li Po yang ketika itu menetap di Bukit Cina akhirnya berkahwin dengan orang tempatan dan menghasilkan keturunan baba dan nyonya.
Satu daripada hikmah kahwin campur adalah mewujudkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara kaum atau bangsa yang berlainan.
Kahwin campur dapat meningkatkan keharmonian antara kaum kerana generasi yang lahir daripada perkahwinan campur kebiasaannya berfikiran terbuka terhadap budaya lain serta tidak bersikap perkauman.
Selain itu, pasangan dan ahli keluarga yang terlibat juga akan mempelajari dan memahami adat dan tradisi kaum lain. Maka, mereka akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain.
Firman ALLAH bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya”. (Surah Al-Hujurat: 13)
The post Padah Berkahwin Dengan Lelaki Bangla, Apa Yang Terjadi Kepada Wanita Melayu Ini Amat Memalukan appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
0 Comments