Kata-Kata Terakhir Arwah Buat Nurul Hidayah | “Saya tidak menyangka bye yang diucapkan pagi semalam merupakan perkataan terakhirnya kepada saya,” kata anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid yang mengimbau kenangan terakhir bersama Allahyarham suaminya, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.
Tambahnya, Syed Alman menyatakan sedemikian semasa mahu pergi ke tempat kerja dari rumah mereka di Country Heights, Kajang sebelum menerima berita kematian suaminya sekitar pukul 8 malam kelmarin.
“Selalu dia akan berkata ok ketika hendak keluar bekerja, namun pagi semalam (kelmarin) dia mengucapkan bye. Saya pada mulanya tidak menyangkakan apa-apa, namun selepas menerima panggilan telefon daripada rakan memberitahu suami saya sudah meninggal dunia, baru saya terfikirkan perkataannya itu.
“Saya amat sedih kerana itu adalah kali terakhir saya berjumpa dengannya. Arwah merupakan seorang yang baik, penyayang dan bertanggungjawab,” katanya.
The post Kata-Kata Terakhir Arwah Buat Nurul Hidayah appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
0 Comments