Imam Mudaku Romantik

Imam Mudaku Romantik

 

Imam Mudaku Romantik | Drama terbaru berjudul Imam Mudaku Romantik dibintangi oleh beberapa pelakon hebat antaranya Hisyam Hamid, Syatilla Melvin, Faye Kusairi, Rahim Omar, Zarina Zainuddin, Erwin Dawson dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd.

Imam Mudaku Romantik mengisahkan tentang Laila Khalisah, pemilik butik bernama Laila Khalisah yang memasang impian untuk mengahwini seorang imam muda atau ustaz. Perkenalannya dengan Muhammad Faqih telah mengubah seluruh kehidupan Laila Khalisah.

Muhammad Faqih berjaya menawan hatinya. Lelaki itu ternyata seorang yang romantik. Dia suka membuat kejutan untuk Laila Khalisah seperti meletakkan sekeping kad besar dengan tulisan I Love You Laila dan juga lambakan ros merah.

Akhirnya, Laila Khalisah dan Muhammad Faqih disahkan menjadi suami isteri Rumah tangga mereka bahagia tambah-tambah lagi bila Laila Khalisah disahkan mengandung anak kembar.

Namun perkahwinan mereka diuji dengan kehadiran Izham yang merupakan bekas tunang Laila Khalisah. Izham kembali untuk mendapatkan kembali cinta Laila Khalisah sehingga sanggup menabur fitnah.

Jangan lupa untuk menyaksikan Imam Mudaku Romantik yang akan ditayangkan pada jam 10 malam setiap hari Isnin hingga Khamis mulai 6 Jun 2016 hanya di Astro Oasis.

The post Imam Mudaku Romantik appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.

Post a Comment

0 Comments

loading...