Cinta 11 Syarat Astro | Drama terbaru yang menggantikan Akadku Yang Terakhir, Cinta 11 Syarat dibintangi oleh beberapa pelakon hebat antaranya Aqasha, Bella Dally, Iqram Dinzly, Anne Abdullah , Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Cinta Deline, Syamin Azlah, Kazar, Delimawati dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Keoi Hj Khalid dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.
Cinta 11 Syarat berkisar tentang pelajar tahun akhir iaitu Rasya yang tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Itulah syarat daripada ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Namun, kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah.
Haziq aka Komeng – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya.
Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq membuatnya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. Namun, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati.
Penerimaan Rasya terhadap Haziq aka Komeng membuatkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng mempunyai niat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tak disengajakan. Dia bertekad mahu mengejar Rasya.
Jangan lupa untuk menyaksikan Cinta 11 Syarat Astro yang akan ditayangkan pada jam 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai 6 Jun 2016 hanya di Astro Prima dan Astro Maya HD.
The post Cinta 11 Syarat Astro appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
0 Comments