Cara Solat Istikharah Yang Betul | Solat Istikharah merupakan sejenis solat sunat yang dilakukan bagi mendapat petunjuk daripada Allah berhubung sesuatu hal yang menjadi keraguan.
Sebagai manusia, kita kerap berdepan dengan beberapa pilihan dan kita tidak boleh memilih kesemua pilihan yang ada itu. Jadi, solat istikharah merupakan langkah terbaik bagi mendapat jawapan terbaik di atas persoalan yang bermain di fikiran seseorang Muslim.
Waktu yang terbaik untuk mengerjakan solat istikharah adalah pada 2/3 malam atau kira-kira jam 2 pagi. Namun, ia boleh juga dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan sembahyang.
Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah Cara Solat Istikharah Yang Betul yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini.
Cara Solat Istikharah Yang Betul
1. Lafaz niat
– Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Maksud : Sahaja aku sembahyang sunat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala.
2. Rakaat pertama
– Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun.
3. Rakaat kedua
– Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas.
4. Sebaik sahaja memberi salam, anda dikehendaki membaca doa dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. Sebagai contohnya, “Ya Allah, kalau hal ini… (sebut namanya)”
Doa Solat Sunat Istikharah (Rumi)
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Maksud:
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmu-Mu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu”.
The post Cara Solat Istikharah Yang Betul appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
0 Comments