Cara Kesan Peranakan Jatuh | Masalah peranakan jatuh merupakan satu trauma bagi kebanyakan wanita di luar sana dan ia boleh berlaku tanpa anda sedari.
Bagi sesetengah wanita yang sudah pernah melahirkan anak, ia mungkin normal untuk jatuh peranakan. Namun, anak dara pun boleh jatuh peranakan disebabkan persekitaran mereka.
Peranakan jatuh merupakan antara punca utama bagi kebanyakan wanita gagal mengandung, peranakan jatuh yang lebih dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku kerana kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau sekiranya ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh membuatkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.
Simptom Peranakan Jatuh
1. Rasa berat di sekitar kawasan ari-ari.
2. Senang terkencing bila bersin dan batuk.
3. Kencing tidak lawas.
4. Senak apabila melakukan hubungan intim.
6. Sakit pinggan yang seperti sakit melingkar kawasan pinggang dan ari-ari.
Cara Kesan Peranakan Jatuh 1
1. Kedudukan Baring
Letak ibu jari kita kat dalam pusat, sekiranya terasa macam ada nadi berdenyut-denyut memberi tanda peranakan kita berada di tempat yang betul. Namun, jika terasa dari bawah pusat bermakna tandanya perlu berurut untuk menaikkan semula bahagian peranakan ibu.
2. Kedudukan Mencangkung
Ketika masukkan jari ke dalam kilang dan cuba sentuh objek berbentuk bulat. Ia lembut dan seperti guli. Sekiranya ibu dapat mencapainya dgn mudah, bermakna peranakan ibu sudah mula menggelongsor turun dari kedudukan sepatutnya. Untuk kepastian lagi, boleh ambil cermin dan tengok pada samada daging terkeluar.
Cara Kesan Peranakan Jatuh 2
1. Baring lurus.
2. Sapu minyak gamat atau minyak serai atau minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun terutama di bawah pusat.
3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
6. Bernafas seperti biasa.
7. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
The post Cara Kesan Peranakan Jatuh appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
0 Comments