Cara Halau Anai-Anai Dari Rumah | Anai-anai merupakan sejenis serangga yang membuat sarang dalam kayu atau tanah. Meskipun ada beberapa spesis anai-anai yang dianggap berguna kepada ekosistem kita, namun ada juga spesis anai-anai yang menjadi perosak.
Memandangkan anai-anai suka makan kayu, ia menjadi antara spesis serangga yang ditakuti apabila ia mula membina sarang di rumah.
Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah Cara Halau Anai-Anai Dari Rumah yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini.
Cara Halau Anai-Anai Dari Rumah
1. Garam Dapur
Semburkan campuran garam dapur dan air pada kawasan yang menjadi tempat sarang anai-anai dan biarkan selama semalaman.
2. Air Kapur Sirih
Semburkan campuran air kapur dan sirih ke atas permukaan kayu yang telah diserang oleh anai-anai atau siram terus ke atas sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Sembur atau siram air basuhan beras yang pertama ke atas sarang anai-anai.
4. Minyak Tanah
Semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu atau sarang anai-anai yang telah diserang oleh anai-anai.
5. Tembakau
Semburkan campuran tembakau dan air yang telah dibiarkan semalaman pada kawasan yang menjadi tempat sarang anai-anai.
Penulis berharap entri ini menjadi panduan kepada mereka yang mempunyai masalah anai-anai di rumah para pembaca sekalian. Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak
The post Cara Halau Anai-Anai Dari Rumah appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
0 Comments