Cara Buat Krim Kek Mudah Dan Sedap | Krim untuk kek bagaikan solekan untuk wanita. Kek akan kelihatan kosong namun jika diletakkan dengan krim, ia akan menambah seri kepada kek tersebut. Selalunya krim yang mudah dibuat dan sedap rasanya menjadi pilihan para pembuat kek.
Bahan-bahan untuk membuat krim kek span yang sedap amat mudah didapati. Kepada mereka yang baru sahaja mahu belajar buat krim kek, sangat sesuai untuk anda cuba resepi ini.
Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata korang terjah Cara Buat Krim Kek Mudah Dan Sedap yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.
Bahan-Bahan
Marjerin
Gula aising
Pewarna
Cara Penyediaan
1. Marjerin dipukul sehingga putih gebu.
2. Masukkan gula.
3. Tambah perasa dan pewarna.
Krim kek yang sedap akan menambahkan lagi kesedapan kek. Sekiranya teknik yang betul dalam mendekorasi kek, tidak mustahil anda akan dapat menghasilkan kek yang sedap seperti yang dijual di kedai kek.
The post Cara Buat Krim Kek Mudah Dan Sedap appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
0 Comments