Resepi Tart Nenas Gulung | Salah satu kuih raya yang agak popular dan disukai oleh ramai orang sejak akhir-akhir ini, Tart Nenas sememangnya sejenis kuih yang amat sedap, gebu dan cair apabila masuk ke dalam mulut.
Tanpa perlu membuang masa lagi, apa kata kita terjah Resepi Tart Nenas Gulung yang telah dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.
Bahan-Bahan
Bahan untuk jem :
2 biji nenas, parut dan toskan air
Gula
Ppewarna Kuning
1 batang kayu manis
Pewarna kuning
Bahan untuk hiasa :
1 biji kuning telur
1 sudu air
Pewarna kuning
Bahan untuk tart:
125 gram mentega
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter)
Cara Penyediaan
Cara-cara untuk jem nenas :
1. Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.
Cara-cara untuk bahan hiasan :
1. Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.
Cara-cara untuk tart:
1. Pukul mentega bersama gula sehingga putih dan berkrim.
2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika.
4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper atau digriskan dengan butter.
5. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Masukkan kuih ke dalam oven dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 175 darjah celcius.
The post Resepi Tart Nenas Gulung appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
0 Comments