Punca Utama Safiq Rahim Sertai Johor Darul Ta’zim Pada Tahun 2013 | Pemain tengah bagi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim telah berkongsi mengapa dirinya berpindah ke pasukan berkenaan daripada Selangor.
Ia telah dikongsi melalui Facebook Johor Southern Tigers selepas Safiq Rahim mengetuai pasukan Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala FA beberapa hari yang lepas.
“Saya percaya bahawa lambat laun JDT akan bermain dalam kejohanan elit di peringkat Asia. TMJ adalah inspirasi utama kepada pasukan dan sentiasa menjadi pendorong kami.
“Segala-galanya tentang kelab ini cukup baik, dari kakitangannya hinggalah kepada pemain. Setiap daripada kami ingin mencapai lebih lagi termasuk saya.
“Saya masih lagi belajar, namun saya terdorong untuk meningkatkan lagi prestasi hingga ke tahap yang lebih tinggi. Saya mahu bermain di AFC Champions League (ACL). Ia menjadi impian saya dan kini saya berada di sebuah kelab yang mampu membawa saya ke destinasi tujuan saya,” katanya.
The post Punca Utama Safiq Rahim Sertai Johor Darul Ta’zim Pada Tahun 2013 appeared first on Media Sensasi.
0 Comments