Novel Assalamualaikum Cinta

Assalamualaikum Cinta

 

Novel Assalamualaikum Cinta | Dua orang anak muda yang kaya-raya, Azrif dan Rykal menjalankan pertaruhan bagi memikat gadis bernama Emma Harlini dan Nia Sakinah yang dikenali dengan tak sengaja. Misi mereka adalah mana-mana gadis yang akan menyebut perkataan I Love You dahulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Emma sememangnya anti dengan lelaki yang kaya-raya sejak dari dahulu lagi. Baginya, lelaki kaya adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka bagi mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat Ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seolah-olah membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan perangai lelaki itu yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau. Sepatutnya kau bagi kat dia bukannya pada aku. – Emma Harlini

“Aku pelik, Kenapa susah sangat kau nak terima? Aku bukannya suruh kau bayar pun! – Azrif Iqbal

Bagi Nia, perkenalannya dengan Rykal hanya disebabkan berebutkan ruang parkir membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.

“Parking tu kau punya ke? Setahu aku tak ada pula tulis nama siapa-siapa kat situ? – Rykal Safuan

“Sahlah kau ni jenis yang tak ada budi bahasa. Tadi kau cilok aku punya parking. Sekarang kau dengan muka tak bersalah, nak langgar mak aku. Dahlah langsung tak reti nak mintak maaf. Bro, muka hensem, kereta sikit punya gah tapi otak kalau otak tu out tak ada guna, bro. Wajib diharamkan jadi menantu kalau perangai macam ni! – Nia Sakinah

Meskipun dihamburkan dengan berbagai kata cacian, Azrif dan Rykal tetap gigih dengan misi mereka. Emma dan Nia yang pada mulanya tak berapa suka dengan semua itu akhirnya menyedari yang sebenarnya hati mereka sudah mula terpaut suka pada Azrif dan juga Rykal.

Kerana terlalu teruja dengan misi mereka yang sudah berjaya, akhirnya misi mereka kantoi juga pada malam yang sama. Saat itu, serta-merta Emma dan Nia mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan mereka berdua lagi.

“Awak ingat saya ni barang permainan ke? Barang ke? Suka hati awak aje nak buat pertaruhan? Saya memang tak sangka, orang yang saya betul-betul ikhlas sayang dan cinta dia rupa-rupanya ada tujuan lain. – Emma Harlini

“Nasib baik negara ni ada undang-undang. Kalau tak, aku pun tak tahulah nak cakap macam mana. Mahu aje aku sembelih sekor-sekor. – Nia Sakinah

Ketika itu Azrif dan Rykal sudah mula susah hati. Hidup mereka sudah serba-serbi tidak kena. Mereka berdua sedar yang misi mereka itu sebenarnya sudah membuat mereka mula jatuh cinta pada Emma dan juga Nia. Namun ketika itu semuanya seperti sudah terlambat, nenek mereka membuat keputusan mengejut dengan mengikat tali pertunangan mereka berdua dengan calon pilihannya sendiri.

The post Novel Assalamualaikum Cinta appeared first on Media Sensasi.

Post a Comment

0 Comments

loading...