Nahas Sebuyau, Pihak Penyelamat Temui Serpihan Helikopter Hilang | Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengesahkan pihak penyelamat telah menjumpai serpihan helikopter helikopter jenis Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang petang semalam di Sebuyau.
“Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahagian lain telah dijumpai sekitar jam 9.50 pagi tadi. Pasukan SAR akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut,” katanya.
Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit selepas itu.
Helikopter tersebut yang diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.
The post Nahas Sebuyau, Pihak Penyelamat Temui Serpihan Helikopter Hilang appeared first on Media Sensasi.
0 Comments