Merokok Dan Kelab Malam Adalah Hak Peribadi Saya – Dayana Roza

Dayana Roza

 

Merokok Dan Kelab Malam Adalah Hak Peribadi Saya – Dayana Roza | Pelakon terkenal, Dayana Roza telah dilihat menari dan merokok ketika berada di dalam sebuah kelab malam di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ada segelintir netizen di laman sosial mula mengkritik dan mencemuh aktres cantik itu menganggap beliau sebagai gadis liar.

“Saya berasa terkejut apabila diberitahu perihal itu. Namun, biarpun terkejut saya tidak ingin membesarkan cerita dan biarlah perkara tersebut berlalu begitu sahaja dan fokus kepada kerja.

“Adakah anda sedar bahawa setiap tingkah laku individu bergelar selebriti itu pasti akan diperkatakan. Justeru, apakah yang dimaksudkan anda bahawa isu berkunjung ke kelab malam itu adalah hak peribadi?

“Saya memahami kerana masyarakat akan mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh seseorang artis itu biarpun baik mahupun buruk.

“Maksud saya mengenai hak peribadi itu adalah apabila sesetengah perkara saya boleh kongsikan dengan peminat. Namun, selebihnya dijadikan hak privasi terutama berkaitan soal cinta mahupun perkara peribadi,” katanya.

The post Merokok Dan Kelab Malam Adalah Hak Peribadi Saya – Dayana Roza appeared first on Media Sensasi.

Post a Comment

0 Comments

loading...