Live Streaming Anugerah Bintang Popular BH 29 ABPBH 29 8 Mei 2016 | Ramai artis terkenal di Malaysia akan menghadirkan diri di sebuah anugerah yang paling berprestij iaitu Anugerah Bintang Popular BH 29 (ABPBH 29). Ada yang hadir disebabkan dicalonkan dalam 13 kategori yang dipertandingkan dan ada juga yang hadir hanya disebabkan kerana memberi sokongan kepada para peserta yang berjaya dalam percalonan.
ABPBH 29 yang bertemakan #Respek akan dihoskan oleh Zizan Razak, AG, Mira Filzah dan Haiza dibawakan secara eksklusif tepat pukul 9 malam yang bertarikh 8 Mei 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Anugerah Bintang Popular BH 29 yang pastinya dipenuhkan dengan beberapa persembahan menarik daripada para artis popular di tanah air ini akan bersiaran secara langsung bermula jam 9 malam hanya di TV3.
Bagi mereka yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, anda semua tidak perlu risau kerana Media Sensasi ada menyediakan Live Streaming Anugerah Bintang Popular BH 29 ABPBH 29 8 Mei 2016 menerusi pautan online yang diberikan di bawah ini khas buat para pengunjung setia blog ini.
The post Live Streaming Anugerah Bintang Popular BH 29 ABPBH 29 8 Mei 2016 appeared first on Media Sensasi.
0 Comments