Fattah Amin Tiba-Tiba Terjun Bangunan | Pelakon terkenal, Fattah Amin sanggup melakukan sendiri aksi lagak ngeri dalam filem terbarunya, KL Special Force.
Dalam filem itu, Fattah perlu lasak termasuk melakukan aksi lagak ngeri berisiko tinggi seperti terjun dari bangunan.
“Pengarah memberi kebebasan kepada saya sama ada mahu melakukannya atau tidak. Meskipun menyedari ada risiko yang menanti, saya tetap mahu mencuba. Bukanlah saya mahu membuktikan sesuatu, tetapi ramai yang tidak yakin saya mampu melakukan adegan lasak.
“Mungkin mereka lihat wajah jambu saya hanya sesuai untuk watak romantik. Kerana itulah saya terima cabaran melakukan sendiri aksi lagak ngeri… sampai bengkak lutut saya,” katanya.
The post Fattah Amin Tiba-Tiba Terjun Bangunan appeared first on Media Sensasi.
0 Comments