Demi Cinta, Suami Buat Sesuatu Yang Sangat Tak Disangka Pada Mayat Isterinya | Demi cinta yang mendalam terhadap isteri, seorang suami sanggup tidur bersama isterinya yang sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu di sebuah rumah di Kampung Buangsiul, Limbang.
Kematian isterinya hanya diketahui sebaik menyedari tubuh badan isteri tercintanya iaitu Lusi Tuyu tidak lagi bergerak petang kelmarin.
Suami, Hidup Durahman yang dikatakan kurang siuman tinggal bersama isterinya yang sakit tenat di rumah Program Bantuan Rakyat (PBR).
Dia yang hairan melihat keadaan isterinya tidak bergerak akhirnya memaklumkan kejadian itu kepada jiran terdekat. Sebaik diperiksa, keadaan badan isterinya sudah berbau busuk dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu.
Sepasukan polis turut berada di lokasi sekitar jam 6.14 petang kelmarin dan pemeriksaan terhadap badan wanita berkenaan tidak menemui sebarang unsur jenayah.
The post Demi Cinta, Suami Buat Sesuatu Yang Sangat Tak Disangka Pada Mayat Isterinya appeared first on Media Sensasi.
0 Comments