Baru Je Masuk Islam, Nina Sudah Buat Keputusan Yang Amat Mengejutkan

Baru Je Masuk Islam, Nina Sudah Buat Keputusan Yang Amat Mengejutkan

 

Baru Je Masuk Islam, Nina Sudah Buat Keputusan Yang Amat Mengejutkan | “Hidup saya kini lebih tenang dan gembira menjalani kehidupan sebagai orang Islam, malah saya sangat teruja mahu menjalani ibadah berpuasa pada Ramadan akan datang,” itulah luahan seorang gadis berusia 19 tahun iaitu Nur Nina Farisha Woo Abdullah.

Gadis itu memeluk Islam dalam syarahan umum oleh pendakwah antarabangsa iaitu Dr Zakir Naik di Kemaman. Dia menyatakan dirinya pernah berpuasa bersama rakannya pada tahun 2014 dan berharap mampu menjalani ibadah itu sebaik mungkin beberapa minggu dari sekarang.

Dia merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pelantar Minyak di Kolej Ranaco, Kemaman menyatakan dirinya kini sedang mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan pihak kolej bagi mendalami asas dalam fardu ain dan al-Quran.

“Saya bertuah kerana mempunyai ramai kawan sekolej yang sedia membantu saya untuk memahami Islam dan sedia menjawab apa sahaja soalan saya berkaitan hukum-hakam agama. Selepas ini, saya akan mengikuti kelas bimbingan agama yang disediakan kerajaan di Kemaman,” katanya.

The post Baru Je Masuk Islam, Nina Sudah Buat Keputusan Yang Amat Mengejutkan appeared first on Media Sensasi.

Post a Comment

0 Comments

loading...