Zoroastrianisme : Agama Paling Ngeri di Dunia | Zoroastrianisme atau juga di kenali sebagai Zarathustraism, Mazdaism dan Magianism, yang diasaskan oleh Zarathustra yang dalam bahasa Yunani disebut Zoroaster iaitu seorang ahli falsafah dari Parsi. Seperti agama-agama lain, Zoroastrianisme ini juga punya Tuhan yang disembah. Tuhan agama Zoroastrianisme disebut Ahura Mazda, yang dalam bahasa lainnya sama dengan ‘Tuhan yang Bijaksana’. Zoroastrianisme ini adalah salah satu agama yang tuhannya mempunyai bentuk Tuhan yang mereka sebut ‘bijaksana’ ini adalah api.
Agama ini sebenarnya tidaklah terlalu pelik tetapi yang menyebabkan ia pelik dan ngeri adalah ketaksuban para pemuja Zoroastrianisme yang menyimpang dari standard kehidupan masyarakat bertamadun.
Penganut Zoroastrianisme tidak mengamalkan budaya pembakaran mayat ataupun pengebumian. Menikmati kehidupan manusia dengan anugerah seperti pembakaran mayat ataupun pengebumian adalah bertentangan dengan ajaran Tuhan mereka yang ‘bijaksana’ itu.
Menurut ajaran ini, iblis dapat memasuki mayat-mayat manusia melalui kuku dan rambut yang mereka anggap kotor agar tidak di pengaruhi oleh roh jahat. Penyelesaiannya, mereka membina struktur yang disebut Dakhma (dalam bahasa Parsi), atau yang lebih dikenali dunia dengan sebutan Silence of Tower, berdasarkan nama yang diberikan oleh Robert Murphy seorang Neologis pada tahun 1832.
Bangunan suci Silence of Tower ini dibina untuk menampung semua mayat para pengikutnya. Jenazah-jenazah tersebut diletakkan di puncak bangunan agar mereka terdedah kepada panas matahari dan burung-burung pemakan bangkai. Menurut mereka, membiarkan mayat-mayat reput dan dimakan oleh burung pemakan bangkai adalah cara paling tepat untuk menyucikan jiwa-jiwa mereka yang telah mati.
Mungkin ada tidak percaya tentang kewujudn agama seperti ini. Tapi peradaban agama ini memang benar ada dan sempat tersebar meluas pada masa keemasannya. Beberapa struktur bangunan Silence of Tower juga didapati di Mumbai, India.
The post Zoroastrianisme : Agama Paling Ngeri di Dunia appeared first on Media Sensasi.
0 Comments