Penggali Kubur Kongsi Pengalaman Indah Urus Jenazah Adik Nuri Nadirah | Urusan pengebumian jenazah murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Kota Bharu yang disahkan meninggal dunia pagi semalam selepas terkena patukan ular terpaksa ditangguhkan apabila jenazah memberikan tindak balas semasa urusan pemandian dilakukan.
Mangsa yang dikenali Nuri Nadirah dikatakan bergerak sewaktu urusan pemandian yang membuatkan proses berkenaan dihentikan.
Jenazah yang dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buloh di sini selepas solat Isyak malam tadi ditunda bagi mendapatkan pengesahan dari pihak hospital dan pegawai perubatan.
Namun, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Badang yang membuat pemeriksaan ke atas jenazah pelajar berkenaan sekitar jam 10.30 malam tadi mengesahkan pelajar berkenaan sudah meninggal dunia.
Pihak keluarga yang masih ragu-ragu berikutan respons pergerakan jenazah serta badannya yang masih panas dan tidak mengeras, dikatakan turut menggunakan khidmat perubatan Islam bagi tujuan pengesahan.
Datuk kepada Nuriey Nadhirah, Wan Mohamed Ibrahim menerima ketentuan Ilahi dengan pengesahan bahawa Nuriey sudah meninggal dunia, namun disebabkan pergerakan tubuh semasa urusan pemandian menyebabkan timbul cadangan supaya pengesahan dibuat sekali lagi.
“Saya bawa balik jenazah jam 5 petang dan mahu mengebumikannya kira-kira jam 8 malam, namun ketika dimandikan, jenazah seperti menggeliat.
“Saya tangguhkan sebentar dan saya panggil doktor. Tapi doktor menyatakan dia telah meninggal dunia dan itu mungkin cuma tindak balas udara dalam tubuh. Saya kemudian berpuas hati (dengan penjelasan itu),” katanya.
The post Penggali Kubur Kongsi Pengalaman Indah Urus Jenazah Adik Nuri Nadirah appeared first on Media Sensasi.
0 Comments