Kisah Sebenar Murid Tahun Satu, Nuri Nadirah Ruslan Yang Dikatakan Mati Hidup Semula | Keluarga adik Nuri Nadirah Ruslan yang meninggal dunia dipercayai dipatuk ular pagi tadi menyangkal kanak-kanak itu hidup semula.
Ibunya, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad mengakui anaknya kelihatan seolah-olah tersedak ketika proses memandikannya petang tadi dan perkara itu kemudian disebarkan.
“Perkara yang diviralkan sejak jam 9 malam tadi yang mendakwa Nuri Nadirah tersedar dan memegang tangan saya tidak benar sama sekali.
“Bagi memuaskan hati keluarga, jenazah Nuri Nadirah yang sepatutnya dikebumikan malam tadi ditangguh kepada pagi esok.
“Pada masa sama, kami juga menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional supaya dapat memuaskan hati ahli keluarga. Saya minta semua pihak hentikan sebar maklumat yang tidak betul,” katanya.
The post Kisah Sebenar Murid Tahun Satu, Nuri Nadirah Ruslan Yang Dikatakan Mati Hidup Semula appeared first on Media Sensasi.
0 Comments