PETALING JAYA, 3 Mac - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendedahkan pimpinan Pakatan Harapan akan mengadakan sidang media rasmi dengan Tun Dr. Mahathir esok.
Menurut beliau, sidang media itu dijalankan berhubung langkah Mahathir yang mahu membentuk kepimpinan baharu bagi agenda menyelamatkan negara ini.
"Ya, esok kami akan sertai sidang media bersama Tun Mahathir jam 3.30 petang," kata Nurul Izzah sebagaimana lapor Sinar Online.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nurul Izzah turut berkata kesediaan Tun Mahathir untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan(PH) haruslah bersandar kepada keikhlasan beliau untuk menyelesaikan kemelut politik negara.
"Pada saya prasyarat utama pada kita (PH) adalah komitmen dan keikhlasan terhadap melaksanakan reformasi, isu bukan isu peribadi, bukan isu dendam, dan marah tapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi," kata Izzah.
Mahathir sebelum ini berkata dia akan memulakan gerakan untuk menyingkirkan Najib bersama pimpinan Pakatan Harapan dalam masa terdekat. - Siakapkeli.my
0 Comments