Seorang Perempuan Buta Naik Bas Hari Hari Tapi Dia Terkejut Apabila Pemandu Bas Memberitahunya…. | Seorang wanita cantik berusia 34 tahun yang bernama Susan telah menjadi buta gara-gara kesilapan diagnosis kesihatan. Disebabkan ini beliau sangat tertekan, kecewa dan marah kerana tidak lagi mampu berdikari seperti dulu. Susan juga merasakan dirinya kini seorang yang sangat lemah.
Cinta sejati seorang pegawai tentera udara
Suami Susan bernama Mark merupakan seorang pegawai tentera udara yang telah dilatih untuk menghadapi situasi sedih dan sensitif. Namun apa yang terjadi kepada isterinya membuatkan Mark berada dalam perang perasaan paling sukar dalam hidupnya.
Pada mulanya Mark menjadi seorang yang sangat melindungi isterinya termasuk untuk perkara-perkara mudah yang ingin dilakukan oleh Susan. Tapi kemudiannya Mark sedar cara ini langsung tidak membantu Susan dari segi sokongan moral.
Bila Susan harus kembali bekerja
Mark tahu Susan perlu kembali yakin kepada diri sendiri meskipun tidak lagi dapat melihat. Bila Susan harus bekerja semula, Mark menawarkan diri untuk memandu dan hantar Susan ke pejabatnya, dan bukan naik bas seperti dulu.
Tapi Mark sedar cara ini tidak akan membuat Susan menjadi lebih kuat dan yakin diri. Lalu beliau mencadangkan agar isterinya itu kembali menggunakan bas seperti dulu untuk ke pejabat.
Sewaktu mendengar cadangan suaminya, dalam ketakutan Susan berkata; “Bagaimana saya nak tahu ke mana saya harus pergi dan berhenti. Saya rasakan abang seperti nak buang saya’.
Idea dari Mark
Mark berjanji setiap kali Susan pergi dan balik dari kerja, beliau akan temani Susan ‘selama yang diperlukan dan sehingga Susan sudah biasa dan tahu dimana dia boleh naik dan turun dari bas’.
Selama 2 minggu pertama inilah rutin pasangan ini setiap hari hingga Susan mula mampu menggunakan pendengarannya sebagai panduan untuk menggunakan bas, juga membiasakan diri dengan suasana baru ini.
Susan juga mula bersahabat dengan pemandu bas yang boleh menjaga Susan sepanjang di dalam bas serta menyediakan satu tempat duduk khas untuknya.
Susan mulai lebih yakin dan berani
Susan kini mulai yakin untuk pergi dan balik dari kerja dengan menaiki bas seorang diri. Sewaktu pertama kali melakukannya, Susan menjadi agak emosional dan memeluk suaminya dengan erat sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerja masing-masing.
Semuanya kini berjalan dengan lancar. Susan turut rasa gembira kerana sudah boleh berdikari untuk pergi bekerja seorang diri.
Satu pagi pemandu bas berkata; ‘Saya cemburu dengan puan.’ Merasa agak pelik, Susan membalas; ‘Kenapa?’
Pemandu bas menjawab; ‘Sebab setiap pagi, sejak dari minggu lepas ada seorang lelaki kacak dengan uniform tentera berdiri dan memandang puan dari jauh semasa puan turun dari bas. Dia pastikan puan melintas jalan dengan selamat sehingga puan telah masuk ke bangunan pejabat. Kemudian dia berikan ‘flying kiss‘dan tabik hormat sebelum berlalu pergi. Puan seorang wanita yang sangat beruntung.’
The post Seorang Perempuan Buta Naik Bas Hari Hari Tapi Dia Terkejut Apabila Pemandu Bas Memberitahunya…. appeared first on Media Sensasi.
0 Comments