Selepas 2 bulan bertunang, Bella Dally akhirnya berani mati dedah perangai sebenar Nazim Othman yang tak disangka-sangka ramai wanita di luar sana

Setelah mengikat tali pertunangan pada 14 November lalu, pelakon Bella Dally dan Nazim Othman masing-masing seperti mengelak untuk mengulas lanjut mengenai hubungan mereka.

Namun bagi Bella Dally, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak terlalu bercakap mengenai hubungannya.

“Pada saya lebih elok begitu. Lagipun kami baru bertunang, jadi tak perlulah nak heboh sangat.

“Bagi saya hubungan kami sangat special dan saya tak suka terlalu expose. Sebab itu di dalam Instagram pun hanya gambar tertentu sahaja kami letak dan tidak kerap.

“Takut pula orang jemu. Jadi saya lebih suka keep it moderate. Alhamdulilah tempoh bertunang kami dipermudahkan setakat ini,” katanya yang ditemui selepas pelancaran Ariani X Creacion BY Siti Nurhaliza di Royale Chulan semalam.


Berkongsi mengenai ciri-ciri yang ada pada Nazim yang membuatkan dia senang dan jatuh hati, Bella mendedahkan Nazim seorang yang romantik.

“Apa yang boleh saya cakap saya sentiasa gembira bersama dia (Nazim). Dia seorang yang jujur dan romatik juga.

“Tapi paling saya suka tentang sikapnya adalah tegas. Saya suka lelaki yang tegas kerana rasa macam kena lead oleh seseorang,” ceritanya.

Mengenai perkembangan lain, Bella kini duta tudung Ariani untuk tahun kedua.

Sumber: Murai

Post a Comment

0 Comments

loading...