Saya Terkejut Melihat Belalainya Yang Besar Dan Panjang | Penduduk di Kampung Ulu Chemor, di sini, bimbang apabila sekumpulan gajah bukan sahaja memusnahkan kebun pisang milik mereka, malah haiwan itu sudah bertambah hampir dengan kawasan kediaman mereka.
Jika sebelum ini, haiwan itu hanya dikesan di kawasan pinggir Kampung Ulu Kuang yang terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian, namun binatang itu mula menghampiri kampung yang hampir dekat dengan jalan utama.
Lebih 20 tahun menanam pelbagai tanaman kontan, penduduk tidak pernah berhadapan dengan serangan gajah sehinggalah kejadian mula disedari Jumaat yang lepas.
“Saya terkejut melihat ada belalai gajah yang besar dan panjang sedang mencapai pucuk kayu. Melihat sinar lampu motor, gajah langsung mengejar. Beruntung saya dapat melarikan diri,” katanya.
“Serangan itu menyebabkan lebih 50 pokok pisang dan ubi kayu serta pagar di kawasan seluas 1.2 hektar musnah dipijak sekumpulan gajah,” katanya yang mendakwa rugi lebih RM1,000.
Abdul Manan menyatakan dirinya tidak terserempak dengan gajah setakat ini, namun keadaanitu menyebabkan penduduk takut untuk ke kebun.
“Kami takut kalau terjumpa sekumpulan gajah yang mungkin dekat dengan kami sehinggakan tak berada lama di kebun. Kebun pula tak jauh dari rumah, jadi tak mustahil haiwan ini akan tersesat masuk kampung untuk cari makanan,” katanya.
“Serangan terbaru dua hari lalu dan harap mereka dapat ambil tindakan segera agar keselamatan penduduk lebih terjamin lebih-lebih lagi mereka yang bekerja di kebun,” katanya.
The post Saya Terkejut Melihat Belalainya Yang Besar Dan Panjang appeared first on Media Sensasi.
0 Comments