Imam Masjid Dedah Punca Sebenar Bakal Pengantin Bertumbuk Sebelum Akad Nikah | Susulan kes pengantin lelaki ditumbuk kerana tidak membayar baki wang hantaran seperti yang didakwa Kosmo! kelmarin, tampil seorang ahli keluarga pengantin perempuan berkongsikan penjelasan dari imam masjid berkenaan.
“Salam, saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak pengantin perempuan (kakak sepupu) tidak mahu commnet atau bercerita panjang. Yang mana tidak tahu punca sebenar, janganlah menabur fitnah dan salahkah pihak perempuan.
“Di sini, cukup saya tunjukkan kenyataan dari Imam masjid itu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian serta melihat sendiri apa yang berlaku dari awal hingga akhir kejadian. Itu saja yang saya mahu sampaikan,” katanya.
Hari ini, sibuk berita di Kosmo! tentang gaduh di Masjid Khadijiah. Ramai orang bertanya pada saya, jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana isu tak bayar wang baki hantaran. Tetapi pergaduhan berlaku kerana pihak pengantin lelaki yang bercakap dengan kurang ajar apabila pihak pengantin perempuan bertanyakan baki wang hantaran.
Sudah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan meminta baki wang hantaran kerana sudah berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Kerana menurut Islam, berjanji itu hutang.
Pergaduhan ini terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak perempuan.
Sejak semalam menjadi viral di laman sosial pengantin lelaki telah ditumbuk gara-gara tidak menyediakan wang hantaran yang cukup seperti yang diminta.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila keluarga kedua-dua belah pengantin dikatakan bergaduh sesama sendiri selepas keluarga pengantin lelaki dikatakan mahu beredar dari masjid kerana tidak dapat menyediakan wang hantaran yang diminta iaitu RM15,000.
Video pergaduhan berkenaan telah menjadi viral di laman sosial.
Melihat kisah ini menjadi lebih luas, seorang wanita bernama Wanie Azwani yang mengaku sebagai saudara pengantin perempuan telah tampil memberi penjelasan menggunakan Facebooknya.
Beliau bersama kenyataan itu menyertakan tulisan yang didakwanya adalah kenyataan yang ditulis oleh Imam masjid Khadijah yang sepatutnya menikahkan kedua-dua pasangan ini.
The post Imam Masjid Dedah Punca Sebenar Bakal Pengantin Bertumbuk Sebelum Akad Nikah appeared first on Media Sensasi.
0 Comments