“Hina Sangat Ke Kalau Saya Kahwin Dengan Orang Tua?” – Nur Nasirah Nazri | Beberapa gambar berkenaan tersebar luas di media sosial dah dikongsikan oleh netizen dengan pelbagai kepsyen yang kebanyakannya menjadikan sebuah perkahwinan ini sebagai lawak jenaka.
Ada yang mengatakan bagai anak dan ayah, ada mengatakan tidak patut berkahwin di mana sesuai untuknya dan tidak kurang melahirkan rasa cemburu dengan pasangan berkenaan.
Hati mana tidak terasa, sudah pasti pengantin yang juga merupakan manusia biasa ini berkecil hati melihat gambar-gambar berkenaan menjadi bahan lawak orang ramai di laman sosial.
Menyedari gambarnya itu disebarkan, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri tampil meninggalkan komennya di sebuah fanpage Facebook yang turut menyiarkan gambar itu.
“Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua?, perkahwinan saya adalah perkahwinan yang sah, bukannya buncit(hamil) dahulu baru berkahwin,” soal Nasirah kepada netizen.
Menurut beliau lagi, sebelum ini dia hanya mendiamkan diri, gambar-gambar ini turut disebarkan di dalam Instagram, tetapi tidak mahu cepat melatah.
“Tapi ramai yang up pasal saya sehingga hilang rasa sabar, kepada yang mendoakan kebahagiaan saya, saya ucapkan terima kasih sangat-sanagt dan yang mengata pun saya ucapkan terima kasih,” tulis Nasirah lagi.
Disebalik itu, terdapat juga netizen yang membari kata-kata semangat kepada pasangan ini.
“Jangan rasa macamtu adik, saya gembira. Rasulullah pun berkahwin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah, saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral kerana rare sahaja. Dalam Jannah, takde beza umur dah, semua sebaya,” kata Faten Nasyrah Zulkifli.
The post “Hina Sangat Ke Kalau Saya Kahwin Dengan Orang Tua?” – Nur Nasirah Nazri appeared first on Media Sensasi.
0 Comments