Demikiannya dengan Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 35, yang sudah menemui pengganti setelah bercerai dengan Adam AF2 buat kali kedua pada 28 Disember 2015. Kali pertama mereka bercerai adalah pada 28 April 2014.
Tanpa berselindung, Fiza telah mengesahkan dirinya kini sedang bahagia bersama seorang jejaka yang baharu dikenalinya. Fiza bagaimanapun enggan mendedahkan identiti jejaka itu buat masa ini.
"Saya belum bersedia untuk memberi komen lanjut mengenai perhubungan itu. Begitupun diakui, saya bahagia dengan seseorang.
"Lagipun gambar yang saya muat naik di Instagram sudah menunjukkan status perhubungan itu," ujar Fiza dipetik sebagai berkata.
Fiza berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa gambar mesra dirinya bersama seorang jejaka seperti yang dimuatnaik olehnya ke laman Instagram.
Menerusi beberapa gambar berkenaan, Fiza turut meletakkan keterangan berbaur romantis.
Ekoran itu, ramai peminatnya memberi komen rasa gembira dengan perkembangan bekas anggota kumpulan Elite itu selepas artis terbabit mendedahkan dirinya sudah bercerai, awal Januari lalu.
0 Comments