Ayu Raudhah Pulak Tuntut Janji Dari Zaquan Adha | Sejak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Zaquan Adha Abdul Razak, Ayu Raudhah mengambil keputusan untuk menumpukan lebih perhatian kepada keluarga, sementelah dikurniakan dua cahaya mata yang masih kecil.
Dalam kesibukannya menguruskan keluarga, siapa sangka pelakon yang berusia 30 tahun ini berjaya melakar kejayaan tersendiri apabila tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah, pada Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27).
“Sudah tentunya saya terkejut, tergamam dan teruja. Perasaan saya bercampur baur sehingga tak tahu nak cakap apa. Alhamdulillah, syukur di atas pencalonan ini. Walaupun hanya tercalon, tapi bagi saya ia bagaikan satu pengiktirafan yang besar apatah lagi ini adalah yang kali pertama.
“Malah, saya juga akan menuntut janji dari suami yang memberitahu akan menemani jika saya tercalon untuk mana-mana anugerah walaupun suami bukanlah seorang yang gemar hadir ke majlis-majlis hiburan,” katanya.
The post Ayu Raudhah Pulak Tuntut Janji Dari Zaquan Adha appeared first on Media Sensasi.
0 Comments