5 Jenis Individu Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan

5 Jenis Individu Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan

5 Jenis Individu Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan | Kita sebagai manusia yang hidup di dalam dunia yang fana ini sememangnya memerlukan seseorang yang boleh bersama ketika kita sedang gembira mahupun dilanda kesedihan.

Akan tetapi, kita seharusnya pandai memilih kawan supaya tidak terjerumus di dalam gejala sosial yang semakin meruncing pada masakini.

Pada entri kali ini, penulis ingin berkongsi 5 Jenis Individu Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan yang dipaparkan di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.

1. Suka Tikam Belakang
Berkawan dengan orang yang suka tikam belakang ini sangat bahaya kerana dia berani bercerita keburukan anda kepada orang lain. Tidak cukup dengan itu, dia juga berani lakukan pekara yang buruk terhadap anda.

2. Kuat Berkira
Hindarilah berkawan dengan kawan yang suka berkira ini kerana anda mungkin tidak akan selesa bersamanya dalam tempoh yang lama Dan apabila anda bergaduh dengannya, dia akan mengungkit apa sahaja pemberiannya kepada anda.

3. Biskut Chipsmore
Kawan seperti ini bukanlah sahabat sejati kerana dia akan muncul ketika anda sedang gembira tetapi akan hilang pada saat teman.

4. Kaki Komen
Anda harus berhati-hati dengan kawan seperti ini kerana dia akan mengata di belakang anda mengenai hal-hal yang negatif jika dibandingkan positif.

5. Pengadu Masalah
Kawan seperti ini hanya akan mencari anda ketika dia sedang berada dalam kesusahan dan perlukan bantuan. Namun, dia akan menghilang apabila sudah senang.

The post 5 Jenis Individu Yang Tak Sesuai Dijadikan Kawan appeared first on Media Sensasi.

Post a Comment

0 Comments

loading...