Tak hormat senior… Pelajar tingkatan 3 diterajang, 14 kali muka ditumbuk

AKIBAT perselisihan faham, seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Ampang, Selangor cedera di muka dan leher selepas dipvkulsekumpulan pelajar tingkatan lima di Trek Permotoran Bukit Mar Mar, Kemensah, Ampang pada 8 Mei.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, serangan itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham apabila m@ngsa dikatakan tidak menghorm@ti kumpulan senior.

Beliau berkata, serangan terhadap remaja lelaki berusia 15 tahun itu pada mulanya bermula di sekolah mereka kira-kira jam 9.30 pagi di mana dia ditumbuk di dada kiri, dicekik dan ditendang di belakang oleh pelajar Tingkatan Lima yang dikenalinya.

“Pada jam 3 petang, m@ngsa telah diminta oleh lima pelajar terbabit untuk bertemu di Trek Motocross Bukit Mar Mar.

“Di trek, m@ngsa dipvkulkumpulan terbabit dan seorang daripada suspek turut menumbuk muka m@ngsa empat kali sambil diperhatikan 15 lagi rakan suspek,” katanya dalam kenyataan, 12 Mei.

Mohamad Farouk berkata, kesemua suspek telah dipanggil untuk direkod keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap orang lain.

Terdahulu, video tular memaparkan m@ngsa berada di atas tanah dan cuba melindungi dirinya semasa dipvkuldan ditendang suspek.

Video:

@myberitaonline

Tular di media sosial video seorang remaja lelaki dibelasah secara beramai-ramai di kawasan tanah lapang yang dipercayai berpunca daripada pengaruh drama bersiri popular baru-baru ini. Susulan tular video seorang remaja lelaki dibelasah sekumpulan rakannya secara beramai-ramai, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati telah mengeluarkan kenyataan pihaknya di Facebook rasmi mereka. Berita penuh tekan link dekat IGSTORY! #myberita #myberitaonline #viral #trending #semasa #terkini

♬ original sound – MYBERITA MEDIA NETWORK – MYBERITA MEDIA NETWORK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://ift.tt/BY1q8ha



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...